KENYATAAN MEDIA PERKASA NEGERI PAHANG
BERHUBUNG DENGAN ISU KENYATAAN AHLI PARLIMEN TAIPING NGA KOR MING YANG MEMPERSOALKAN PERBELANJAAN KERAJAAN SEBANYAK rm 748.26 JUTA BAGI MEMBINA 611 MASJID BAGI TEMPOH 2000 HINGGA 2008.
PERKASA Negeri pahang memandang serius kenyatan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.
PERKASA Negeri Pahang berpendapat kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming telah menyentuh hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah Yang di Pertuan Agong dan Raja -Raja melayu.
PERKASA Negeri Pahang berpendapat kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming merupakan suatu kenyataan yang berbaur hasutan dan kenyataan politik Nga Kor Ming boleh dilihat menghina Islam dan akan menimbulkan pergaduhan agama yang serius.
Kenyataan yang dibuat adalah biaDAP, rasis dan Nga Kor Ming gagal memahami Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 yang menyatakan
"Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian dalam Persekutuan"
Berasaskan kepada fasal inilah yang membolehkan agama Islam diberi keistimewaan dan juga keutamaan oleh kerajaan sejak merdeka hingga kini untuk memartabatkan serta memperkasakan risalah dakwah Islamiah serta prasarana - prasarana yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam di negara ini.Agama - agama seperti hindu,kristian, buddha dan lain-lain agama tidak tercatat secara khusus dan tidak pula diberi keistimewaan dan keutamaan sebagaimana agama Islam.
PERKASA Negeri Pahang berpendapat Nga Kok Ming buta tentang Perlembagaan Persekutuan dan tindakan beliau mempersoalkan peruntukan ini jelas menghina agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan serta Yang di-Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu.
PERKASA Negeri Pahang berpendapat bahawa Nga Kok Ming tidak seharusnya membuat perbandingan dengan peruntukkan membina masjid di dalam usaha beliau untuk membina rumah ibadat agama lain. Pembinaan masjid dan perkara yang berkaitan dengan Islam telah dijamin oleh perlembagaan yang telah dipersetujui oleh nenek moyang Nga Kok ming sebelum Nga Kok Ming sebagai orang asing dibenarkan menjadi waraga negara dan menetap di negara ini. Jangan merungkai dan membandingkan apa yang termaktub dalam perlembagaan untukmeraih pengaruh politik rasis dan sempit DAP.
PERKASA Negeri Pahang kesal dan sedih kerana masih ada lagi orang melayu dalam PKR dan PAS yang menyokong parti chauvanis seperti DAP ini.
PERKASA Negeri Pahang juga ingin bertanya mana perginya pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya mengatakan mereka parti yang memperjuangkan Islam di dalam Parlimen ? Mengapa mereka bisu dan tidak membantah Nga Kok Meng dengan membiarkan parti rasis DAP mempertikaikan peruntukkan untuk pembinaan masjid umat Islam.
PERKASA Negeri Pahang berpendapat pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR ini telah buta dan tidur kerana terlalu mengagungkan DAP demi mendapat undi rasis DAP sehingga membiarkan parti rasis DAP yang menjadi rakan sekutu mereka mempertikaikan peruntukan untuk membina masjid umat islam.
Dr. Zubir Harun
Yang Dipertua PERKASA Negeri Pahang
Hp: +6 012 278 1984
9:43 PM
0 Responses to "Kor Ming biaDAP persoal kerajaan bina banyak masjid"
Post a Comment